Wednesday, September 23, 2009

isu politik islam

Politik yang diamalkan di negara kita hari ini adalah cara politik yang dibawa dari barat yang diambil dari tamaddun Greek di Rome yang wujud lama sebelum tamaddun Islam lahir. Melalui sistem politik inilah telah diambil kesempatan oleh sebahagian pejuang-pejuang Islam di Malaysia menggunakannya untuk memperjuangkan dan mendaulatkan agama Islam. Oleh itu tidak hairanlah wujudnya parti-parti politik Islam seperti PAS yang juga berada di bawah sistem politik ala Rome ini, maaf, saya tidaklah bermaksud untuk memperkecilkan perjuangan PAS. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah begitulah juga keadaannya di negara-negara lain yang mengamalkan sistem politik ini seperti Pakistan, Mesir, Bangladesh, Algeria dan lain-lain lagi. Di negara-negara ini juga terdapat parti-parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam seperti PAS.

Sebenarnya, kita selamanya tidak akan berjaya untuk memperjuangkan agama Islam ini kalau kita mengambil pendekatan lain selain dari cara yang ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Kalau kita hendak berjaya dalam memperjuangkan Islam atau menegakkan Islam di muka bumi ini maka kita hendaklah menggunakan cara yang diredai Allah yang telah ditunjukkan oleh Allah melalui RasulNya itu. Rasulullah itu adalah sebaik contoh kepada umat manusia.

2 comments:

  1. salam..
    mmmm masih blom lg reda ng BAGAN PINANG skg nie..
    tp apkah politik yg diamalkn dlm negara kita nie bertepatan ng acuan ajaran Islam eh.????
    sama2 kita fkirkn n renungkan bersama

    ReplyDelete
  2. salam..

    bg sy, x kesah la, sy akan tetap raikan mereka2 yg percaya dengan politik kepartian ni bleh menaikkan islam..

    cma bnyk benda sbnrnya yg nak kena tengok balik.. terutama wala' terhadap org kafir yg dah nyata2 qat'ie di dlm al quran, biar la lambat menang pun..

    ReplyDelete